Header Ads

Ciri-ciri Pemakaian Baju Kurung Yang Sesuai Untuk Temuduga Bagi Wanita

Ciri-ciri Pemakaian Baju Kurung Yang Sesuai Untuk Temuduga Bagi Wanita


Pada umumnya, untuk hadir temuduga, calon wanita mempunyai dua pilihan pakaian :

Memakai satu sut baju kurung.

Memakai satu sut dengan blazer, blouse/dress shirt, skirt atau seluar. (Three or two piece pants or skirt suit)
.
Sekiranya anda memilih untuk memakai baju kurung, di bawah adalah panduan ciri-ciri baju kurung yang sesuai untuk menghadiri temuduga :
1.Baju kurung yang sesuai adalah sama ada polos (plain), berjalur atau bertekstur. Elakkan baju kurung bercorak bunga, cetakan binatang, atau cetakan corak yang terlalu besar.
2.Baju kurung yang diperbuat daripada fabrik ‘suiting’ yang dapat menyebabkan baju kurung itu kelihatan terletak kemas, solid dan segak apabila memakainya. (Fabrik dari linen, sb line, thai silk dan cotton antara contoh fabrik yang sesuai).
3. Elakkan baju kurung yang diperbuat daripada fabrik nipis, ringan, lembut dan beralun-alun seperti sifon atau satin – Mesej daripada fabrik ini kelihatan pemakainya tidak tegas, sweet, manja dan lemah-gemalai. ( Karakter yang boleh mengurangkan kredibiliti diri, terutama sekiranya anda memohon jawatan di dalam pengurusan tertinggi).
4. Elakkan juga baju kurung yang diperbuat daripada fabrik likra, jersey dan denim walaupun dijahit dalam potongan longgar.
5. Elakkan baju kurung yang terlalu banyak warna. Jumlah warna baju kurung yang dipakai secara keseluruhan hendaklah tidak melebihi tiga warna. Ia akan menyebabkan penampilan anda kelihatan berserabut dan terlalu meriah dan boleh mengganggu fokus penemuduga.
6. Elakkan baju kurung yang terlalu terang, seolah-olah untuk hadir majlis kenduri. Warna baju kurung yang sesuai adalah daripada ton warna-warna gelap atau lembut.
7. Elakkan baju kurung yang terlalu banyak aksesori dan hiasan. Contohnya manik, batu-bata, lace atau renda, sulaman mewah, tampalan bunga dan sebagainya.
8. Elakkan baju kurung dengan potongan ketat dan sendat sehingga mendedahkan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya pada tubuh wanita.
9. Elakkan baju kurung daripada fabrik yang terlalu bersinar, ia boleh mengganggu pandangan mata semasa sesi temuduga.
10. Elakkan baju kurung dengan potongan yang mencerut di bahagian pinggang atau mempunyai garis pinggang yang terlalu menonjol sehingga menarik perhatian mata kerana menzahirkan bentuk badan calon. Contohnya baju kurung modern yang dijahit mengikut bentuk pinggang dan pinggul si pemakai.

1 comment: