Nak sangat berjaya dalam temuduga..tetapi ini yang sering berlaku..
Nak sangat berjaya dalam temuduga..tetapi ini yang sering berlaku..
-->Rasa kurang yakin dengan penampilan diri, cara pemakaian. Tahukah anda cara pemakaian banyak membantu meningkatkan rasa yakin kepada diri anda sendiri terutamanya di hari temuduga.
-->Anda telah rasa seram sejuk selepas dapat panggilan diterima ke temuduga beberapa hari lagi. Anda tak tahu apa nak buat, di mana nak mula...
-->Anda mula rasa cara komunikasi anda tidak betul...anda mula 'control' diri anda, percakapan anda hinggakan anda rasa itu bukan diri anda. Pelik...tapi ini yang banyak berlaku! Relax and be yourself.
-->CGPA, keputusan exam, pencapaian kerja anda sebelum ini sangat cemerlang. Anda ada sijil sebagai bukti. Anda mula ter "Over" confident dengan diri anda. Ingat!...sikap begini tidak sihat dan membahayakan anda di saat temuduga.
-->Anda mula rungsing fikirkan soalan apa yang panel temuduga akan tanya. Dalam bahasa Inggeris kah? atau bahasa Melayu? Anda tertanya-tanya...rasa seram sejuk datang kembali...
-->Anda mula risau, takut-takut sesi temuduga nanti dalam bahasa Inggeris dan anda mula mengatur ayat, risau tentang vocabulary, present tense, past tense lah. Ia menggangu proses persediaan temuduga anda...
-->Anda telah berhenti kerja...temuduga inilah harapan anda untuk menyambung ekonomi diri anda dan keluarga. Jadi...anda mula menaruh harapan yang tinggi menggunung.
-->Anda tidak mahu gagal tapi tak tahu nak bersedia bagaimana...
-->Anda buntu...buat itu tak kena, buat ini pun tak kena. Otak anda mengalami detik 'confuse' sementara. Bahaya tu...
Post a Comment