Gerunnya Jumpa Sotong Bersaiz Manusia Di Filipina
Gerunnya Jumpa Sotong Bersaiz Manusia Di Filipina
Untuk makluman anda sekarang adalah musim mencandat sotong.
Waktu begini adalah musim sotong terutamanya di kawasan pantai timur..Terengganu.
Pastinya ramai yang tidak melepaskan peluang memasak aneka juadah berasaskan sotong.
Namun apa perasaan anda bila terserempak dengan sotong bersaiz gergasi ini?
Pastinya gerun menguasai diri.
PENDUDUK kampung mengerumuni seorang nelayan di Tawi-Tawi, Filipina kerana berjaya menangkap sotong gergasi sepanjang lapan kaki (2.4 meter).
Sotong gergasi itu mempunyai kelebaran setebal 18 inci ketika ia dibaringkan ke atas tanah.
Dipercayai haiwan laut itu adalah sotong terbesar dijumpai di wilayah tersebut.
Ia dinaikkan ke darat pada pagi Jumaat, kira-kira pukul 9 pagi.
Seorang nelayan, Harold Eduardo Curtis berkata: "Saya kenal nelayan yang menangkap sotong itu.
"Susah untuk dia naikkan sotong itu ke darat kerana ia terlalu berat.
"Kecantikan sotong ini adalah pada tubuhnya yang bersih, bersinar dan putih.
"Ia adalah sotong yang sihat dan masih muda. Pasti isinya berasa enak," katanya. - Mirror UK
Post a Comment