Tip Jimat Wang Guna Kaedah Sampul Surat
Tip Jimat Wang Guna Kaedah Sampul Surat
Masalah kewangan ini tidak akan selesai, sekiranya kita tidak mempunyai ilmu yang betul, bagi menguruskan wang kita setiap hari.
Antara garis panduan yang diberikan oleh Hafiszi Othman, mengenai cara-cara untuk mengatasi masalah kebocoran wang ini adalah:
Bersyukur dengan nikmat yang telah Tuhan berikan kepada kita hari ini.
Melaburkan 10% daripada perbelanjaan kita, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, khususnya dalam perihal kewangan.
Melaburkan 10% daripada perbelanjaan kita, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, khususnya dalam perihal kewangan.
Mempunyai niat dan matlamat yang jelas, untuk mencapai status bebas kewangan.
Sentiasa sedar dan elakkan diri, daripada terjerumus dalam kancah zon selesa.
Cara-cara yang dikongsikan beliau sememangnya mudah untuk dipraktikkan.
Namun tahukah kita terdapat satu lagi cara praktikal, dan terbukti berkesan yang boleh kita gunakan, bagi menjadi seorang yang kaya dengan wang mulai hari ini?
Kaedah ini diberi nama…
Kaedah Sampul Surat – Kategori dan Simpan
Bagi kita yang sedar akan kepentingan merancang, maka kaedah sampul surat ini merupakan jalan yang terbaik, bagi membantu kita untuk merancang wang dengan lebih efektif. Kaedah ini juga boleh diselaraskan untuk sesiapa sahaja. Tidak kira mereka kerja di sektor kerajaan, bekerja sendiri mahupun seorang yang memiliki bisnes jutaan ringgit.
Ini kerana rancangan wang di atas kertas semata-mata tidak akan memberikan kesan yang efektif. Dengan menggunakan kaedah sampul surat, kita dapat kategorikan sampul-sampul wang yang kita inginkan.
Untuk memudahkan pemahaman, kita boleh praktikkan langkah-langkah berikut:
3 Langkah Menggunakan Kaedah Sampul Surat:
Langkah #1 – Senaraikan Kategori Keperluan Kita
Pertama-tama, kita perlu senaraikan seberapa banyak kategori keperluan kita. Setiap satu kategori mewakili satu sampul surat. Berikut adalah contoh senarai kategori-kategori mengikut keperluan.
Pelaburan ilmu seperti buku, seminar, bengkel dan sebagainya.
Pembayaran rumah setiap bulan.
Pembayaran insuran kereta dan harta rumah.
Pembayaran bil-bil.
Kita disarankan untuk menggunakan sampul surat yang tebal. Ini bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini berlaku, seperti sampul surat mudah koyak, mudah basah dan sebagainya.
Pembayaran rumah setiap bulan.
Pembayaran insuran kereta dan harta rumah.
Pembayaran bil-bil.
Kita disarankan untuk menggunakan sampul surat yang tebal. Ini bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini berlaku, seperti sampul surat mudah koyak, mudah basah dan sebagainya.
Langkah #2 – Bertindak Selepas Menerima Gaji Bulanan
Setiap kali kita memperoleh gaji bulanan, terus simpan jumlah wang yang diperlukan dalam sampul surat yang telah dikategorikan. Contohnya, jika pembayaran rumah setiap bulan berjumlah RM400, maka kita perlu segera memasukkan wang RM400 ke dalam sampul surat kategori ‘Pembayaran Rumah Setiap Bulan’.
Dengan bertindak pantas, kita tidak akan mengalami masalah untuk membayar bil-bil penting setiap bulan. Dalam masa sama, kita dapat merancang baki wang kita dengan lebih efektif. Kebanyakan individu sering belanja dahulu, bayar bil kemudian. Keadaan ini akan menyukarkan mereka untuk meneliti status kewangan.
Langkah #3 – Mesti Wujudkan Kategori Pelaburan
Kategori pelaburan adalah kategori penting. Kategori ini dapat membantu kita untuk menambah wang setiap bulan. Sebagai contoh, kita mencipta kategori ‘Buat Duit Dengan Clickbank’, yakni mempromosikan produk informasi sebagai affiliate.
Setiap bulan, kita akan melaburkan wang, masa dan tenaga untuk melakukan apa yang diperlukan, bagi menjana pendapatan dengan Clickbank. Salah satu daripadanya adalah membayar penulis, untuk menulis artikel atau mengupah pereka laman web, untuk desain laman web kita.
Beri Hadiah Pada Diri Sendiri Setiap Bulan
Menurut Anthony Robbins, menghadiahkan sesuatu pada diri kita dapat meningkatkan momentum kita untuk terus mencapai matlamat yang kita inginkan. Sama juga seperti kaedah sampul surat, kita perlu hadiahkan sesuatu pada diri kita, sebaik sahaja kita berjaya menyimpan wang dalam masa 3 bulan pertama.
Dengan ini, ia dapat memotivasikan diri kita untuk terus menyimpan dan melabur. Insya Allah, dengan berkat usaha ini, kita akan menjadi jutawan hanya dengan memiliki minda yang betul untuk menyimpan wang.
Post a Comment